ARENA UTAMA
RABOK UTAMA BAY VIEW
SELEPAS DIURUSTADBIR OLEH
AZ ONE entertainment
( AZWAN B. HJ. MAT AMID )
Segala - galanya bermula pada tanggal 15 Mar, 2010 apabila pengendali Pentas Utama Rabok Bay ketika itu ( En. Amirrudzi Entertainment ) mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga serta kerana faktor usia yang menjadi penghalang untuk terus beroperasi seperti biasa.
Pihak pengusaha Rabok Bay telah meminta saya ( AZ ONE entertainment ) umtuk mengendalikan Pentas Utama atas dasar menolong kerana sekiranya Pentas Utama tidak beroperasi, ia akan memberikan kesan ke atas kehadiran pelanggan ke restoran tersebut memandangkan lokasinya yang agak terpencil.
Maka pengendalian pentas utama Rabok Bay telah di ambil alih oleh saya dibawah AZ ONE entertainment bermula pada tarikh 17 Mar, 2010 dengan niat untuk menolong rakan seorang pengusaha Rabok Bay dengan penjenamaan baru Pentas Utama telah bertukar nama kepada D'Arena Utama Rabok Bay View.
Ketika mula beroperasi di Arena Utama Rabok Bay kelengkapan peralatan yang saya gunakan amat tidak memuaskan kerana kekurangan dari pelbagai sudut serta dengan keadaan pentas yang amat daif dari segi perhiasan dan susun atur. Berkat kesabaran dan keinginan untuk merubah wajah pentas serta kelengkapan sistem audio sedia ada akhirnya perubahan dapat diterjemahkan atas sokongan dari teman - teman serta orang ramai.
Pentas yang dahulunya seperti bangsal usang telah berubah wajah serta sistem audio yang telah dinaik taraf dengan perbelanjaan yang mencecah hampir RM 10 Ribu. Maklumbalas yang diterima dari orang ramai serta pelanggan amat memberangsangkan yang mana mereka melahirkan rasa kagum dengan perubahan yang diterapkan pada Pentas serta audio sistem.
Para pembaca boleh melihat akan perubahan yang di usahakan oleh saya serta rakan Dj Bob di D'Arena Utama serta Audio sistem yang semakin bertambah baik selepas di urustadbir oleh saya.

Saya tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau ego dengan perubahan yang telah saya usahakan semenjak mengambil alih pengendalian D'Arena Utama Rabok Bay View namun akan tetapi ia sekadar untuk membuka mata beberapa individu yang meragui akan kesungguhan saya melakukan perubahan sepanjang beroperasi di Arena Utama Rabok Bay View. Biarpun pada hakikatnya saya tidak pernah walau sekali pun memohon atau meminta agar diberikan peluang beroperasi di situ, akan tetapi kerana ingin membantu Pemilik Rabok Bay View yang juga rakan saya memandangkan kerana pengendali Pentas Utama terdahulu telah menghentikan operasinya secara mengejut dan untuk mengelakkan pelanggan yang datang ke Rabok Bay View berasa Bosan tanpa Pentas Utama saya setuju membantu dengan beroperasi di Pentas Utama.
Setelah hampir 8 bulan beroperasi dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan di Arena Utama Rabok Bay View kini menjadi perbualan dikalangan pelanggan yang hadir dan yang pasti mereka - mereka yang berdiri di atas Pentas Arena Utama akan merasa teruja dengan wajah baru di Pentas Utama Rabok Bay View.
Namun berita serta khabar angin yang bertiup kenyang ketika ini agak merencatkan dan mengejutkan kerana segala yang telah dan akan dilaksanakan oleh saya seperti tidak dihargai. Kemungkinan pengendali Pentas Utama yang terdahulu akan beroperasi kembali mula kedengaran dengan alasan dengan kembalinya pengendali terdahulu akan dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan ke restoran tersebut dan sekiranya benar berita yang tersebar luas itu, saya dengan rela hati akan menyerahkan kembali pengendalian pentas tersebut kepada yang di amanahkan oleh pemilik restoran.
Saya beroperasi di Pentas Utama kerana ketika itu pemilik Rabok Bay yang meminta pertolongan dari saya dan sekiranya dirasakan saya sudah tidak diperlukan lagi disitu, saya akur dengan sebarang keputusan kerana yang penting saya telah melaksanakan tugas di amanahkan dengan sebaik yang mungkin.

Teman - teman serta yang melawat laman saya ni lihatlah Pentas Utama Rabok Bay sebelum dan selepas di ambil alih oleh saya .......
No comments:
Post a Comment