Thursday, December 23, 2010


ARENA UTAMA 

RABOK UTAMA BAY VIEW

SELEPAS DIURUSTADBIR OLEH

AZ  ONE entertainment

( AZWAN B. HJ. MAT AMID )



Segala - galanya bermula pada tanggal 15 Mar, 2010 apabila pengendali Pentas Utama Rabok Bay ketika itu ( En. Amirrudzi Entertainment ) mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga serta kerana faktor usia yang menjadi penghalang untuk terus beroperasi seperti biasa. 

Pihak pengusaha Rabok Bay telah meminta saya ( AZ  ONE entertainment ) umtuk mengendalikan Pentas Utama atas dasar menolong kerana sekiranya Pentas Utama tidak beroperasi, ia akan memberikan kesan ke atas kehadiran pelanggan ke restoran tersebut memandangkan lokasinya yang agak terpencil.

Maka pengendalian pentas utama Rabok Bay telah di ambil alih oleh saya dibawah AZ  ONE entertainment bermula pada tarikh 17 Mar, 2010 dengan niat untuk menolong rakan seorang pengusaha Rabok Bay dengan penjenamaan baru Pentas  Utama telah bertukar nama kepada D'Arena Utama Rabok Bay View.

Ketika mula beroperasi di Arena Utama Rabok Bay kelengkapan peralatan yang saya gunakan amat tidak memuaskan kerana kekurangan dari pelbagai sudut serta dengan keadaan pentas yang amat daif dari segi perhiasan dan susun atur. Berkat kesabaran dan keinginan untuk merubah wajah pentas serta kelengkapan sistem audio sedia ada akhirnya perubahan dapat diterjemahkan atas sokongan dari teman - teman serta orang ramai.

Pentas yang dahulunya seperti bangsal usang telah berubah wajah serta sistem audio yang telah dinaik taraf dengan perbelanjaan yang mencecah hampir RM 10 Ribu. Maklumbalas yang diterima dari orang ramai serta pelanggan amat memberangsangkan yang mana mereka melahirkan rasa kagum dengan perubahan yang diterapkan pada Pentas serta audio sistem.

Para pembaca boleh melihat akan perubahan yang di usahakan oleh saya serta rakan Dj Bob di  D'Arena Utama serta Audio sistem yang semakin bertambah baik selepas di urustadbir  oleh saya.

Saya tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau ego dengan perubahan yang telah saya usahakan semenjak mengambil alih pengendalian D'Arena Utama Rabok Bay View  namun akan tetapi ia sekadar untuk membuka mata beberapa individu yang meragui akan kesungguhan saya melakukan perubahan sepanjang beroperasi di Arena Utama Rabok Bay View. Biarpun pada hakikatnya saya tidak pernah walau sekali pun memohon atau meminta agar diberikan peluang beroperasi di situ, akan tetapi kerana ingin membantu Pemilik Rabok Bay View yang juga rakan saya memandangkan kerana pengendali Pentas Utama terdahulu telah menghentikan operasinya secara mengejut dan untuk mengelakkan pelanggan yang datang ke Rabok Bay View berasa Bosan tanpa Pentas Utama saya setuju membantu dengan beroperasi di Pentas Utama.

Setelah hampir 8 bulan beroperasi dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan di Arena Utama Rabok Bay View kini menjadi perbualan dikalangan pelanggan yang hadir dan yang pasti mereka - mereka yang berdiri di atas Pentas Arena Utama akan  merasa teruja dengan wajah baru di Pentas Utama Rabok Bay  View. 

Namun berita serta khabar angin yang bertiup kenyang ketika ini agak merencatkan dan mengejutkan kerana segala yang telah dan akan dilaksanakan oleh saya seperti tidak dihargai. Kemungkinan pengendali Pentas Utama yang terdahulu akan beroperasi kembali mula kedengaran  dengan alasan dengan kembalinya pengendali terdahulu akan dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan ke restoran tersebut dan sekiranya benar berita yang tersebar luas itu, saya dengan rela hati akan menyerahkan kembali pengendalian pentas tersebut kepada yang di amanahkan oleh pemilik restoran. 

Saya beroperasi di Pentas Utama kerana ketika itu pemilik Rabok Bay yang meminta pertolongan dari saya dan  sekiranya dirasakan saya sudah tidak diperlukan lagi disitu, saya akur dengan sebarang keputusan  kerana yang penting saya telah melaksanakan tugas  di amanahkan dengan sebaik yang mungkin.

Teman - teman serta yang melawat laman saya ni lihatlah Pentas Utama Rabok Bay sebelum dan selepas di ambil alih oleh saya .......




















Sunday, December 19, 2010

Wednesday, December 15, 2010


PERTANDINGAN KARAOKE 

AMBANG 2011 

              PERINGKAT SARINGAN 

1 & 2


Tarikh      :   18  &  25 December
                         2010    

Masa         :   08.30 mlm -  12.00 mlm

Kategori  :   Bebas          

Yuran       :   RM 10

Lokasi      :   D'Pentas Utama AZ
                        ONE entertainment
                        @ Restoran Rabok 
                        Bay View, 
                        Jalan Kebun,
                        Section 30,
                        Shah Alam,  
                        Selangor Darul Ehsan


Pertandingan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengambil kira bangsa & peringkat usia.


Thursday, December 9, 2010



SAMBUTAN AMBANG

2011


Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011 akan dilangsungkan sambutan ambang 2011 bertempat dilokasi dan masa seperti yang berikut :-


Lokasi     :    Restoran Seafood & 
                        Tomyam Rabok 
                        Bay View         
                        D'Pentas Utama AZ  
                        ONE entertainment
                        Kolam Pancing
                        Tanjung Rabok Bay, 
                        Jalan Kebun, 
                        Seksyen 30, 
                        Shah Alam

Tarikh     :   31 December 2010     

Jam           :   08.30mlm hingga
                         12.30mlm

Acara        :   Pertandingan Karaoke 
                         Peringkat Akhir,
                         Pertunjukan Bunga 
                         Api,Permainan  & 
                         Cabutan Nombor
                         Meja Bertuah

Saringan Pertandingan Karaoke

Tarikh      :   18 Dec 2010 & 25 Dec
                         2010  

Jam            :   09.00mlm

Yuran        :   RM 10 sahaja

Terbuka kepada semua yang berminat dan tiada had umur.

Orang ramai  dijemput hadir bersama - sama menjayakan sambutan ambang tahun baru 2011..........