Wednesday, October 20, 2010

KOLAM MEMANCING IKAN AIR TAWAR, RABOK BAY


KOLAM MEMANCING

IKAN AIR TAWAR 

&

 RESTORAN MAKAN 

RABOK BAY

MENJANJIKAN KENANGAN 
 
TERINDAH UNTUK ORANG

RAMAI


Shah Alam - Lokasi yang amat menarik untuk dikunjungi oleh warga kota setelah penat seharian menjalankan tugasan dan ingin lari dari kesesakkan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Warga Lembah Klang disarankan untuk berkunjung ke Kolam Pancing dan Restoran Makan Rabok Bay. Lokasi yang terletak di pinggir Bandaraya Shah Alam hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit sekiranya datang dari pusat Bandaraya Shah Alam. Dengan jalinan jalanraya yang dihubungi oleh Lebuhraya KESAS, Rabok Bay adalah destinasi yang amat menarik untuk kunjungi.

Bagi peminat pancing pastinya akan memperolehi sesuatu kenangan yang sukar untuk dilupakan ini kerana ikan - ikan yang terdapat dikolam pancing tersebut yang bersaiz besar dan pelbagai spesis. 

Bagi yang ingin menjamu selera restoran makan Rabok Bay menjanjikan pelbagai hidangan masakan seperti tomyam, seafood & ala baraat. Sambil menjamu selera orang ramai boleh mengambil bahagian untuk berhibur kerana satu pentas  khas disediakan untuk sesi jamming karaoke suka - suka.

Rabok Bay juga bersedia menerima tempahan dari induvidu atau pihak syarikat yang ingin menganjurkan majlis keraian dilokasi tersebut . Beberapa majlis - majlis yang berskala besar pernah dianjurkan disini. Pihak pengurusan juga mempelawa kepada mana - mana pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan agar memilih Rabok Bay kerana ia terletak  dalam persekitaran yang cukup menarik.

Orang ramai yang  ingin berkunjung ke Rabok Bay dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan Lebuhraya KESAS dan susur keluar  ke persimpangan Kebun selepas Plaza Tol ke 3 , kemudian melalui Kampung Jalan Kebun.





























No comments: